Aku masih lagi pakai Honda CBR150R.
Full review motor ni update nanti.
Update:
- mileage: 48776km (2 tahun 3 bulan)
- semua part original, kecuali mentol lampu dan tayar je..dan plug ler sekali
- setting tayar: 90/80/17 michelin depan, 120/70/17 duro street belakang
boleh maintain 140km/j pada rpm 10,000. standard 130km/j pada rpm 10,000.
- tayar baru tukar 3 minggu..dekat RM300 gak. tayar sebelum ni brand sama, pakai sampai botak dan sampai pancit.
- ekzos masih standard, muffler da berkarat bahagian dalam n hujung depan sejak minyak overflow keluar kat depan (jatuh tahun 2009).
- sproket dan rantai dah tukar balik ke original. harga memang keras..RM324 tak termasuk upah
- air filter dah tukar 2 kali (2nd time dah jauh exceed 36,000km)..harga makin naik..dulu 70+, skang RM89.10
- fairing depan dah tukar 2 set akibat gegaran yg biasa. kat ekor belakang ok plak. tak puas hati fairing depan kanan dah patah..murahan punya plastik..
- tangki reserve coolant pun dah patah sekali. tukar RM56. terkejut gak tengok coolant menitik
selain wear and tear biasa, enjin memang takde masalah. aku maintain pakai motul5100 ester. ada sekali je stok takde, aku pakai hi-rev recommended by pomen 4s, hampeh. seminggu je tukar balik motul5100. aku bukan kisah mahal ke tak, yg penting performance. castrol ke, shell ke tak main..murahan
hari2 bantai 140km/j di 3 tempat: amj ke rembia, lepas cheng height, highway tepi pantai.
pegi kl ulang alik keje outstation pun ok je. tak kira di mana saja kat highway, 140km/j minimum, walaupun moto cc besar n gemok tak lepas nak potong kete kat depan. kuda kepang ni memang bagus utk menyelit. fuel consumption belakang kira.
Jangan hairan dengar 140km/j motor..standard ralat speedometer motor ni 1.183. Kiranya 18% tak accurate. 140/1.183 = 118~120km/j kelajuan sebenar. tapi polis tak kira kelajuan sebenar ni, depa kira ikut standard 10% error international. oleh kerana kereta ada standard error 110% + 6km/j..so aku ni kiranya bawak macam 130km/j kereta la..tak laju pun..
aku yakin selagi moto spec standard, cdi pun standard, coil pun standard..so enjin takkan ada masalah punya. takde la aku nak hadapi problem manifold tercabut tgh2 highway ke.
aku memang sayang cbr ni. kalau boleh taknak letgo kat kedai n biar ahli keluarga aku je yg pakai..tapi takde sapa nak bayar cash kat aku dalam masa terdekat...huhu
nanti update gambar ride solo tahun 2010: koyan - ringlet - melaka. 2009 cuma ada log je: melaka - kuala terengganu.
No comments:
Post a Comment